Tuesday, December 4, 2012

Selamat Hari Lahir Sahabatku!

Askum,

Kebetulan harini birthday kawan baik aku, Azfar @ Aspa. Harini tak jadi nk prank kau sbb pegi gambang kan? Anggap je lah aktiviti harini sbg sambutan utk birthday kau jugak. Aku tak pasti nk bg apa kt kau. Aku ngan shu ingat nk bg rokok je sekotak tp di balut dan letak reben sikit. Haha! Tp taknak lh sbb nnti merosakkan diri kau jugak.

InsyaAllah la nnti aku balik Singapore aku belilah apa-apa utk kau dgn yg lain2 sekali.

So, Selamat Hari Lahir Sahabatku! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Sama2 lah kita berjaya dalam hidup. Lupakan kisah hitam yg lama tu. Mulakan hidup baru yg lebih positive InsyaAllah. Best of luck! Aku sentiasa sokong sahabat2 aku!

Peace :)

*Pic



Main Air :)

Askum,

Setelah sekian lama aku kebosanan dgn kerja, Rutin harian yg sama tiap-tiap hari dan poket yg kosong. Senang cerita November lepas mmg kosong gila hidup aku.

Akhirnya harini 3hb dpt jugak aku bercuti dgn sahabat aku kt Gambang Waterpark. Lebih kurang sebulan merancang benda ni. Tp mmg dh set nk buat benda ni sebelum habis sem 1 lg. Haha.

Aku ingat tak jd dh harini sbb hujan renyai2 tp bila sampai tgk takdelah lebat mana. Sekali sekala je hujan rintik2.

Mmg aku dgn geng berseronok habis habisan punya lh sampai tak ingat dunia. 1 pengalaman dan kenangan yg tak boleh dilupakan sampai bila-bila.

Aku harap kita dpt berkawan sampai bila-bila. Aku yakin tu :)

Peace.

*pic





Thursday, November 29, 2012

Dalam Hati Ada Taman

Askum,

Kenapa ehh orang selalu nk condemn aku. Selalu keluarkan kata-kata yg menyakitkan kt aku? Apa salah aku? Apa yg kau nak dari aku sebenarnya? Tak cukup baik ke aku selama ni? Kadang aku terfikir kalau aku jahat baru ada orang nk hormat. Jadi baik dan dan penyabar ni lagilah orang pijak kepala kita.

Mungkin aku tak melenting, tak tunjuk yg aku ni tak suka bila kau buat mcm tu sbb aku taknak bergaduh. Sbb bergaduh adalah benda yg paling aku benci dan akan cuba elakkan. Mana ada orang rasa seronok bila bergaduh kan? Tapi kau tak tahu aku pendam je semua tu. Kadang aku terfikir sama ada kau ikhlas atau berpura-pura...

Aku cuba fikir positif tapi semuanya nampak negatif~

Sekian. Peace~

Wednesday, November 28, 2012

Pulihlah (TT__TT)

Askum,

Aku sebenarnya ada masalah yg dah dekat 2 tahun tapi tak pernah selesai. Tau tak masalah apa? Kawan aku je tau masalah aku ni. Aku sebenarnya ada masalah dengan kulit badan aku ni.

Kulit aku memang sensitif sikit. Kalau baju tu ada jenis2 kain yg aku tak boleh pakai, kalau tak gatal satu badan.

Masalahnye sekarang ni kat badan aku dh penuh dgn bintik-bintik macam jerawat. Tapi aku tak pasti tu jerawat ke tak sbb kalau aku picit, dia tak keluar nanah tapi darah semata-mata. Ambik masa nak kecut. Bila tumbuh je mesti rasa gatal terutama masa aku berpeluh.

Lebih menyakitkan hati bila dia kecut mesti tinggal parut yg susah gila nak hilang *mungkin sebab aku garu* . Habis satu badan aku ada parut benda tu.

Sekarang ni nak bukak baju pon segan. Yelah takut orang kata apa pulak kan? Sekarang ni aku pakai losyen cell repair. Ayah aku suruh pegi klinik byk kali dah tapi biasalah malas sangat rase nk pegi jumpa doktor.

Aku harap dpt selesaikan masalah aku dengan segera. Maybe akan jumpa doktor jugak dalam masa terdekat ni. Insyaallah

Pulihlah. Peace

Ini Rasaku

Askum,

Tengah bosan ni tetiba rasa nak post kat blog. Harini memang rasa takde mood gila. Tak tau lah sebab apa.

Tapi harini aku rasa kecewa sangat dgn diri aku sendiri. Aku kecewa sbb aku rase aku selalu biarkan diri diperbodohkan, digunakan tanpa aku sedari mahupun aku sedari.

Aku tak tau kenapa aku biarkan je apa orang buat kat aku. Maybe sbb aku pon tak nak ambik serius apa yg diorang buat tp bila dh banyak kali sgt, aku pun terfikir betul ke aku macam apa yg diorang cakap?

Maybe aku senyum je. Tapi kadang-kadang mmg aku terasa. Aku cuba jadi yg terbaik tp bukan dgn jadi seorang yg fake

Tapi aku selalu rasa yg takde apa-apa yg jd pon, aku je yg over thinking sampai terfikir yg negatif.

Maaf kalau terlalu emo. Peace

Tuesday, November 27, 2012

December :)

Askum,

Saja je aku buat title macam tu sbb aku rasa bulan depan mesti gempak. Haha berbanding bulan November ni yg sgt bosan. Dah la poket kering. Mmg la kalau takde duit ni rasa mcm mati pulak.

Disebabkan takde duit tu lah aku kerja semula kat kedai ayah aku tu. Tapi bila dh kerja ni takde masa pulak aku nk lepak dgn sahabat2 aku. Rasa lain pulak bila jarang lepak kalau tak mmg tiap-tiap hari lah jumpa. Dh jd rutin wajib setiap hari. Hahaha.

Takpelah, sekejap je pun. Insyaallah bulan 12 ni best sikit sbb aku dpt gaji :) Gaji ni byk menda aku nk guna antaranya utk

1)pegi Gambang 3hb ni. Exited toksah ckp lh kan. Haha. Byr masuk ngan makan kt dlm tu. dh la makanan luar tak boleh bwk masuk

2)nak beli cenderamata utk sahabat2 aku kt Singapore nnti. At least aku dpt bg something lh kan... Haha

3)nak tgk wayang, karaoke dll ngan sahabat2 aku. Tp ni kena tgk time aku free lah...sbb aku still kerja lg kan.

Tu je lh. Peace :)

Monday, November 26, 2012

Mungkin Kembali :)

Askum,

Haha. Lawak pulak bila aku nk start post kt blog ni semula. Dah lama aku tinggal bersawang tak berpenghuni. Tapi aku tak pasti lah nak active kan ni semula atau tinggal bersawang semula.

Blog ni saja je aku tukar url dia sbb takut kawan aku khianat aku. Diorang baca post lama aku pon buat aku sakit hati je. Menganjing parok. Tp bila baca balik mmg lawak pon.

So aku decide nk delete old post and start with the new one. The new me.

Tapi aku tak decide lg nak publish atau share blog ni lg sbb ada yg aku nk tukar sana-sini. Banyak menda nk kena update.

Insyaallah la blog ni akan kembali hidup dgn kisah hidup aku yg suka dan duka ni. Terutama dengan kawan baik aku Shu, Khus, Aspa, Mun dan lain2 lagi.

Peace :)